Produk Penjagaan Badan dan Slimming

Shop by Section

New @ Blog

by Shanaz Beauty Shoppe (Thursday, 8th December 2016)
0 comments
by Shanaz Beauty Shoppe (Thursday, 8th December 2016)
0 comments

View All Posts

Share to Social Network

Subscribe

Subscribers (23)

msbeeummiarrayyansyiraAmni83NorminaLehamaserifatinizzyanscarletzlynnjjcmpopiakakrajahoney_bee

Find Us on Social Network

Our Facebook Our Instagram

Payments Accepted

local banks

Older Item Catalog  >  SET BERSALIN  »  SET BERSALIN SPA & MA Newer Item
SET BERSALIN SPA & MA
RM299.00  MYR
RM230.00  MYR

Ask Seller


ITEM DESCRIPTION

0214-12-01

Spa & Ma adalah produk terbaru keluaran Beauty Garden Worldwide. Hasil kejayaan dan maklum balas yang sungguh memberansangkan daripada pengguna yang sungguh berpuas hati dengan Jamu Ratu Dara dan Ratu Mirifica Plus serta atas permintaan semua pengguna setia produk keluaran syarikat kami, kini dengan rasa penuh berbesar hati kami di Beauty Garden Worldwide telah menghasilkan Spa & Ma Maternity Set bagi membantu seluruh kaum ibu yang moden untuk melalui fasa berpantang dengan lebih mudah, ringkas dan selesa seperti anda mendapat rawatan khusus di spa. Kami bertungkus lumus telah berusaha untuk mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik bagi semua. Memenuhi kepuasan dan citarasa pelanggan adalah keutamaan bagi kami dan setiap produk yang terdapat di dalam Spa & Ma Maternity Set adalah terbaik bagi memenuhi kehendak para ibu. Kami menitikberatkan segala aspek dari permulaan pembuatan, pembungkusan sehinggalah produk ini sampai ke tangan pelanggan. Kini lahirnya Spa & Ma Maternity Set yang cukup lengkap dengan 11 produk terpilih yang terbaik di dalam setiap set.

Kepentingan Berpantang

“Rumitnya hendak berpantang” Ini antara keluhan yang sering didengar dari kebanyakan ibu yang baru melahirkan bayi. Jom ubah persepsi anda tentang keburukan berpantang kepada “indahnya tempoh berpantang”. Mengapa? Ini kerana penjagaan selepas bersalin amat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan. Kehamilan memerlukan persediaan dari segi fizikal dan emosi malah rawatan dari segi dalaman dan luaran perlu diutamakan. Ternyata proses mengandung dan melahirkan memerlukan tenaga mental dan fizikal yang kuat. Kerosakan saraf dan otot mungkin berlaku dan pasti ianya memakan masa untuk dibetulkan. Apabila berpantang, ibu yang baru melalui proses kelahiran akan melalui satu fasa pemulihan dimana penjagaan yang rapi serta perhatian perlu ditiberatkan di dalam tempoh ini bagi memulihkan kesihatan jasmani dan rohani, pemulihan fizikal seperti bentuk badan dan paras rupa serta pemulihan di bahagian intim wanita khususnya dari aspek hubungan kelamin.

 

0214-14-01

 

 

SPA & MA MATERNITY SET:  RAWATAN TEMPOH BERPANTANG YANG TERBAIK UNTUK MINDA, FIZIKAL & SPIRITUAL

 

Spa & Ma Maternity Set didatangkan dengan tiga gabungan elemen yang penting iaitu minda, fizikal dan spiritual. Bagi kami di Beauty Garden Worldwide, kesihatan dan kecantikan sebenar adalah berpaksi kepada tiga elemen ini. Minda yang tenang tanpa sebarang kecelaruan, badan (fizikal) yang sihat tanpa sebarang keletihan dan juga jiwa (spiritual) yang tenang tanpa sebarang gangguan emosi. Ketiga-tiga elemen ini adalah sangat penting bagi semua ibu yang sedang berpantang dan oleh kerana itulah kami  memastikan supaya kesemua 11 produk yang terdapat di dalam Spa & Ma Maternity Set ini mempunyai kesemua elemen penting tersebut.

Tanpa minda yang tenang, ia akan mendatangkan gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental ataupun lebih dikenali sebagai meroyan. Selain daripada itu para ibu juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal seperti payudara yang membengkak mahupun susuk tubuh yang tidak lagi menarik. Tanpa jiwa yang tenteram, gejala kemurungan selepas bersalin juga boleh berlaku. Para ibu yang mengalami perubahan emosi dan gangguan psikologi boleh memberi kesan yang negatif bukan sahaja terhadap diri mereka sendiri tetapi juga kepada bayi yang baru dilahirkan.

 

website bgw6-2-01

 

Kami memastikan elemen minda, fizikal dan spritual ini diterap ke dalam semua produk yang terkandung di dalam Spa & Ma Maternity Set dengan kombinasi aroma yang sungguh mengasyikkan umpama di spa. Aroma yang segar mampu memberi ketenangan kepada sesiapa yang menggunakannya. Seorang ibu perlu sentiasa sihat semasa menjaga bayi mereka serta harus berusaha untuk mengembalikan kesegaran tubuh supaya dapat kembali melakukan aktiviti harian dengan lebih bertenaga. Bagi para ibu yang mengamalkan tradisi berpantang setiap kali selepas melahirkan zuriat pastinya ia dapat memberikan kesan positif yang berpanjangan kepada mereka.

 

0214-13-01

 

0214-11-01

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN SPA & MA MATERNITY SET

  • Sangat praktikal kerana setiap set didatangkan dengan 11 jenis produk yang terbaik dan terpilih sahaja mengikut keperluan ibu yang sedang berpantang.
  • Sangat fleksibel dan lengkap dimana ianya sangat sesuai digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal atau  secara pembedahan.
  • Bertindak menyeluruh dalam memastikan para ibu mendapat penjagaan dan belaian yang sempurna dari segi kesihatan dalaman dan kecantikan luaran.
  • Ringkas dan mudah terutama untuk ibu moden bagi melalui pengalaman tempoh berpantang umpama di spa.
  • Produk Bumiputera yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Terbukti bersih dan halal.
  • Setiap produk yang dipasarkan adalah berkualiti tinggi dengan harga ekonomi.

0114-12

0114-13

Print

HERBA MANDIAN SPA

Herba Mandian Spa ini sangat praktikal kerana ia didatangkan di dalam bentuk uncang. Penggunaan Herba Mandian Spa ini dapat menenangkan emosi pengguna seolah mendapat rawatan khusus di spa. Herba Mandian Spa sangat menjimatkan kerana uncang yang telah digunakan boleh digunakan untuk beberapa kali mandian. Menariknya herba mandian ini tidak hanya terhad kepada ibu yang sedang berpantang sahaja tetapi ianya juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengembalikan tenaga di dalam badan yang kian lesu kerana aktiviti seharian. Paling istimewa tentang Herba Mandian Spa ini adalah ia mempunyai bau yang sungguh harum dan menenangkan sebelum ianya direbus lagi.

KHASIAT HERBA MANDIAN SPA:

  • Mengurangkan angin dan membuang toksin dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang
  • Mencegah bakteria dan kulat
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Memecahkan lemak
  • Menegangkan otot dalaman vagina
  • Mewangikan dan menyegarkan badan serta menghilangkan bau hanyir
  • Mengurangkan stress
  • Mengembalikan tenaga

CARA PENGGUNAAN HERBA MANDIAN SPA:

1. Masukkan  satu uncang Herba Mandian Spa ke dalam air (bersamaan 3 gayung)
2. Rebuskan uncang sehingga mendidih dan mengeluarkan bau wangi (15 – 30 minit)
3. Campurkan air yang telah direbus bersama dengan air biasa sehingga mencapai suhu yang bersesuaian untuk mandi.
4. Jirus air rebusan Herba Mandian Spa ke seluruh badan dari leher hingga ke bawah secara perlahan-lahan supaya air rebusan dapat meresap ke dalam tubuh.
5. Keringkan uncang yang telah digunakan di tempat yang panas atau terbuka untuk pengunaan selanjutnya.

Peringatan:
Elakkan menjirus air rebusan herba ke kepala dan rambut bagi mengelakkan sakit kepala dan keguguran rambut. Gunakan air biasa.

 

0114-38-01

Apakah keistimewaan Spa & Ma Maternity Set berbanding set bersalin yang lain di pasaran?

Keistimewaan Spa & Ma Maternity Set berbanding dengan set bersalin lain di pasaran ialah Spa & Ma Maternity Set sangat praktikal kerana setiap set didatangkan dengan 11 produk yang terbaik dan terpilih sahaja. Spa & Ma Maternity Set ini juga sesuai digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal atau secara pembedahan. Ia bertindak menyeluruh dalam memastikan para ibu mendapat penjagaan dan belain yang sempurna dari segi kesihatan dalaman dan kecantikan luaran malah ianya ringkas dan mudah terutama untuk ibu moden bagi melalui pengalaman tempoh berpantang umpama di spa. Spa & Ma Maternity ini adalah produk keluaran Bumiputera yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Paling penting ianya terbukti bersih dan halal.

Apakah kebaikan jamu untuk orang yang sedang berpantang?

Jamu Ratu Dara dapat mengembalikan tenaga, menegangkan kembali otot-otot dalaman, menyembuh luka bersalin, memulihkan dalaman dan menyempitkan lagi faraj dan boleh mengecutkan rahim. Bagi ibu yang baru melahirkan anak sama ada secara normal atau pembedahan boleh mengambil Jamu Ratu Dara pada hari ke-20 dalam pantang.

Bolehkah mereka yang bersalin secara caesarean mengamalkan Spa & Ma?

Boleh. Bagi ibu yang bersalin secara caesarean boleh mengamalkan Spa & Ma Maternity Set tanpa sebarang keraguan.

BENGKUNG:

Berapa lamakah tempoh untuk memakai bengkung?

Bengkung Ratu boleh mula dipakai pada hari ke-2 berpantang. Kami mengesyorkan anda untuk memakai Bengkung Ratu setiap hari sekurang-kurangnya 12 jam selama 44 hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Bentuk badan yang lebih langsing boleh diperolehi  dengan lebih cepat sekiranya anda konsisten dan memakainya dengan tempoh yang lebih lama.

Bolehkah memakai bengkung walaupun melahirkan secara caesarean?

Bagi ibu-ibu yang melahirkan cara caesarean, kami mengesyorkan pemakaian Bengkung Ratu dipakai selepas jahitan telah sembuh iaitu sekurang-kurangnya selepas 2 minggu.

Apakah kelebihan Bengkung Ratu berbanding bengkung lain?

Bengkung Ratu berbeza daripada bengkung lain kerana ia diperbuat daripada kain yang sangat berkualiti tinggi iaitu kain belacu. Pemilihan kain yang digunakan adalah tidak gatal, tidak memeri malah ianya juga tidak mengecut. Kain Bengkung Ratu ini amat senang untuk dicuci serta ianya adalah bengkung yang tahan lama dan boleh digunakan sehingga 10 – 15 tahun. Bengkung Ratu ini didatangkan dengan dua tali di sebelah bawah kanan dan kiri bengkung bagi memudahkan untuk dipakai sendiri tanpa bantuan orang lain.

HERBA MANDIAN SPA

Bagaimanakah cara yang betul untuk menggunakan Herba Mandian Spa?

Cara yang sesuai untuk menggunakan Herba Mandian Spa adalah dengan memasukkan  satu uncang Herba Mandian Spa ke dalam air. Rebuskan uncang sehingga mendidih dan campurkan air yang telah direbus bersama dengan air biasa sehingga mencapai suhu yang bersesuaian untuk mandi. Jiruskan air rebusan Herba Mandian Spa ke seluruh badan dari leher hingga ke bawah secara perlahan-lahan supaya air rebusan dapat meresap ke dalam tubuh.Kemudian keringkan uncang yang telah digunakan di tempat yang panas atau terbuka untuk pengunaan selanjutnya.

Adakah perlu menjirus air Herba Mandian Spa hingga ke kepala?

Tidak perlu. Elakkan menjirus air rebusan herba ke kepala dan rambut bagi mengelakkan sakit kepala dan keguguran rambut. Gunakan air biasa untuk menjirus bahagian kepala anda.

Bolehkah mereka yang tidak berpantang menggunakan Herba Mandian Spa?

Boleh. Sangat digalakkan. Ini kerana Herba Mandian Spa ini tidak hanya terhad kepada ibu yang sedang berpantang sahaja tetapi ianya juga boleh digunakan oleh sesiapa yang ingin mengembalikan tenaga di dalam badan yang kian lesu kerana aktiviti seharian.

FEMININE CLEANSER

Bagaimanakah cara penggunaan Feminine Cleanser?

Cara penggunaan Feminine Wash yang betul ialah dengan tuangkan cecair ke atas tapak tangan, sapu dan cuci Miss V sehingga diyakini bersih serta bilas dan keringkan dengan tuala bersih.

Bolehkah Feminine Wash ini digunakan dengan kerap?

Boleh. Feminine Wash ini boleh digunakan setiap kali anda mandi.

 

GAMAT EMULSION

Apakah kebaikan Gamat Emulsion kepada ibu yang berpantang?

Gamat Emulsion adalah satu antiseptik yang cukup terkenal dalam menyembuhkan luka. Gamat Emulsion ini amat penting dalam proses penyembuhan bagi ibu selepas bersalin. Hal ini kerana gamat mengandungi kandungan protein yang amat tinggi. Ia dapat membantu menyembuh luka-luka pembedahan dan memulihkan fungsi sistem peranakan, mengembalikan tenaga dan megelakkan keletihan, memperbaiki sel-sel yang rosak, melegakan lemah badan selepas bersalin serta dapat memperbaiki tekstur kulit supaya lebih licin.

Apakah keistimewaan Gamat Emulsion ini berbanding Jeli Gamat lain di pasaran?

Gamat Emulsion ini dihasilkan khas dalam tekstur yang tidak lagi berbau. Malah bagi mendorong anda untuk lebih cenderung mengamalkannya, kami datangkan Gamat Emulsion berperisa Oren. Ternyata ianya lebih sedap dan berkhasiat.

 

LULUR FRANGIPANI

Apakah keistimewaan Lulur Frangipani berbanding lulur lain?

Lulur Frangipani berbeza dengan lulur lain kerana Lulur Frangipani ini mempunyai tekstur yang lembut dan tidak terlalu kesat. Baunya yang harum dapat membangkitkan ketenangan dan keselesaan kepada pengguna. Lulur Frangipani ini juga mesra pengguna kerana ia didatangkan di dalam bentuk pes. Paling istimewa lulur Frangipani ini mengandungi Collagen, Garam Himalaya serta Glutathione yang dapat mengahalus dan menggebukan kulit.

Bagaimana cara untuk menggunakan Lulur Frangipani?

Gosokkan lulur secara merata ke bahagian tubuh, leher, dada, lengan hingga ke kaki. Seeloknya berikan perhatian pada bahagian tersorok kerana bahagian itu terdapat kekotoran dan sel kulit mati yang tebal. Setelah selesai, bilas tubuh dengan air sehingga bersih. Gunakan sebelum mandi.

ITEM REVIEWS :

Have a review for this item? Post your review below:


RELATED ITEMS

About    Catalog    Blog    Contact    Payment    Delivery    Return Policy    Buying    Selling    Widgets   

to top